Tempatan

𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗞𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗗𝗜 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗠𝗞𝗡 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗥𝗜𝗧𝗜𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥

𝗞𝗟𝗔𝗡𝗚, 𝟭𝟱 𝗠𝗮𝗰 – Keselamatan perairan negara sentiasa dipantau dan dijaga oleh pasukan keselamatan bagi memastikan isu pencerobohan dan penyeludupan melalui jalan laut dapat dibendung.

Hasrat itu sentiasa diperkukuhkan menerusi jalinan strategik di antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhamin bin Muhammad Salleh berkata, kerjasama erat di antara agensi keselamatan seperti MKN dan Maritim Malaysia perlu dipertingkatkan lagi agar kes seperti kemasukan bot nelayan asing, pencerobohan serta penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan penyeludupan barangan kontraban dapat dikekang.

Tambah Abdul Muhaimin, perkongsian maklumat dan risikan juga perlu dilaksanakan bagi memastikan tindakan yang bakal dilaksanakan mencapai kejayaan seperti yang diharapkan.

Beliau berkata demikian sempena Program Jalinan Strategik Operasi Keselamatan MKN Negeri Selangor dan Maritim Negeri Selangor dekat sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah MKN Negeri Selangor, Puan Faizatul Aini binti Mohd Adnan yang diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah (Penerangan) MKN Negeri Selangor, Encik Muhammad Nazri bin Mohd Amin bersama barisan pegawai kanan yang lain.

Bersempena program ini, pihak Maritim Malaysia bersama MKN turut menganjurkan majlis berbuka puasa di atas KM BAGAN DATUK.

Untuk rekod, kerjasama strategik melalui operasi bersepadu bersama agensi

sahabat pada tahun lalu telah mencatatkan pencapaian dengan jumlah tangkapan sebanyak 64 kes dengan nilai rampasan mencecah sehingga RM 224,171.

Awal Februari lalu, Maritim Negeri Selangor telah berjaya mematahkan kes cubaan penyeludupan dadah disyaki jenis syabu seberat 40.37 kilogram bernilai RM 1.32 juta.

.

#MalaysiaCoastGuard#MaritimeNation#MaritimMalaysia#MMEA#APMM#MCG#CoastGuardKementerian Dalam Negeri (KDN)Majlis Keselamatan Negara Negeri SelangorMajlis Keselamatan Negara#HUT19#MalaysiaMadani#KDN_TogetherWeAreOne#KeselamatanTanggungjawabBersama#MaritimPerkasaMelestarikanMadani

Sumber: Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia