
PUTRAJAYA, 11 Mac 2024 – YBrs. Tuan Chandran V. Periasamy, Setiausaha Bahagian Urus Setia Lembaga Parol, Kementerian Dalam Negeri menerima lawatan daripada Mrs. Kathryn Hunt, Pegawai His Majesty’s Prison and Probation Service (HMPPS) United Kingdom. Lawatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu mengenai pelaksanaan Sistem Parol di Malaysia.
Turut hadir bersama YBrs. Tuan Hamidun bin Abdul Fatah, Pengerusi Lembaga Parol 3, YBrs. Tuan Jafrizul bin Jamhuri, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan RELA, Kementerian Dalam Negeri, YBrs. Tuan Zan Azim bin Aziz, Timbalan Pengarah Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, YBrs. Tuan Nobin Kumar Chaudhury Nanda Gopal Chaudhury, Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Ibu Pejabat Penjara Malaysia serta Anggota Lembaga Parol, Kementerian Dalam Negeri.
