GlobalEkonomi

MALAYSIA, MALDIVES PERKUKUH KERJASAMA MARITIM DAN KESELAMATAN LAUT

Malaysia dan Maldives bersetuju meningkatkan kerjasama dalam bidang maritim serta keselamatan laut, sejajar dengan kedudukan strategik negara kepulauan berkenaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, Maldives memberikan keutamaan kepada usaha memperkukuh pertahanan maritim, termasuk menerusi latihan bersama dan pembangunan keupayaan keselamatan antara kedua-dua negara.

Maldives turut menyatakan kesediaan mempertimbangkan penggunaan kapal bersaiz kecil yang dibangunkan dan dihasilkan Malaysia bagi membantu mengawal keselamatan perairan serta sempadan maritimnya.

Perincian kerjasama itu akan diselaraskan melalui mesyuarat sulung Suruhanjaya Bersama Malaysia-Maldives yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun hadapan. Perbincangan dua hala turut meliputi perdagangan, pembiayaan mudah, pensijilan halal, pengurusan wakaf dan kemudahan visa perubatan.