Tempatan

AMARAN RIBUT PETIR DI KUALA LUMPUR DAN SEMBILAN NEGERI HINGGA 9 MALAM

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Kuala Lumpur serta sembilan negeri sehingga jam 9 malam.

Negeri yang terlibat ialah Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah. Antara kawasan terjejas termasuk Sik, Kuala Muda, Baling, Kinta, Kemaman, Cameron Highlands, Kuantan, Hulu Langat, Gombak, Kuala Pilah dan Jempol.

Di Johor, amaran meliputi Kota Tinggi, Kulai, Johor Bahru, Kluang, Mersing, Segamat, Tangkak dan Muar. Beberapa kawasan di Sarawak turut terlibat, termasuk Miri, Betong, Bintulu, Kapit, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sibu dan Limbang.

Di Sabah, cuaca buruk dijangka melanda beberapa kawasan di Sandakan, Tawau, Pedalaman dan Pantai Barat. Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti perkembangan cuaca semasa melalui saluran rasmi MetMalaysia.