EkonomiBisnes

DILABEL ‘KAPITALIS’, KHAIRUL AMING LUAH RASA TERKILAN

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming meluahkan rasa sedih selepas segelintir netizen melabel usahanya mengembangkan perniagaan sebagai bersifat kapitalis.

Menerusi perkongsian di Threads, beliau mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang memandang serong usaha usahawan tempatan untuk berkembang, sedangkan kejayaan sesebuah perniagaan turut memberikan manfaat kepada ramai pihak.

Menurutnya, hasil perniagaan bukan hanya dinikmati oleh pemilik, malah memberi kesan kepada pekerja, pembekal, vendor, penghantar dan pelanggan, selain menyumbang melalui pembayaran cukai serta zakat.

Kritikan itu timbul selepas Khairul Aming memperkenalkan projek terbaharunya, ‘Bandar’, sebuah acara siaran langsung sempena kempen jualan 9.9 di TikTok yang menghimpunkan pelbagai jenama dalam satu kawasan.