TempatanPendapat

PENYERTAAN RATU CANTIK TRANSGENDER TIADA SOKONGAN KERAJAAN – ZULKIFLI

Penganjuran atau penyertaan dalam pertandingan ratu cantik transgender tidak pernah mendapat sokongan, kebenaran atau pengiktirafan daripada pihak berkuasa agama mahupun Kerajaan Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan berkata, kenyataan itu dibuat susulan penyertaan seorang individu dalam pertandingan ratu cantik transgender di Bangkok, Thailand pada Ahad lalu.

Menurut beliau, tindakan berkenaan bertentangan dengan ajaran Islam, norma budaya tempatan serta perundangan Syariah di negeri-negeri. Beliau turut menyeru masyarakat supaya tidak mensensasikan perkara tersebut.

Pihak berkuasa agama akan bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk meneliti tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada. Sebelum ini, video seorang individu yang didakwa mewakili Malaysia dalam pertandingan antarabangsa itu tular dan mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.