Tempatan

ANAK ANGKAT RIZALMAN KRITIKAL SELEPAS TERLIBAT KEMALANGAN DENGAN LORI AIS

Anak angkat pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim, Umar Nail, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori ais di Wangsa Walk.

Menurut Rizalman, Umar sedang berjalan di laluan pejalan kaki sebelum bertembung dengan lori ais yang sedang mengundur. Mangsa kemudian terperosok ke bawah kenderaan berkenaan dan mengalami komplikasi pada organ dalaman.

Keadaan Umar pada awalnya amat membimbangkan sehingga doktor terpaksa melakukan pembedahan segera. Dia kini masih berada di bawah pemantauan rapi pasukan pakar bagi memastikan tahap kesihatannya terus stabil.

Rizalman turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang membantu Umar di lokasi kejadian serta semua pihak yang memudahkan urusan rawatannya. Beliau turut memohon orang ramai mendoakan kesembuhan anak angkatnya itu.