
LONDON: Jersi yang dipakai legenda bola sepak Brazil, Pele, ketika beraksi pada perlawanan akhir Piala Dunia 1958 berjaya dijual pada harga £3.67 juta (kira-kira RM20.8 juta) dalam satu acara lelongan.
Jersi bersejarah itu dianggap antara memorabilia bola sepak paling bernilai kerana dipakai Pele ketika membantu Brazil menewaskan Sweden 5-2, sekali gus menghadiahkan kejuaraan Piala Dunia pertama buat negaranya. Pada ketika itu, Pele yang berusia 17 tahun turut mencipta sejarah sebagai pemain termuda menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Piala Dunia.
Nilai jualan tersebut menjadikan jersi berkenaan antara memorabilia sukan paling mahal pernah dilelong, sekali gus membuktikan legasi Pele terus dihargai peminat dan pengumpul di seluruh dunia.




