JenayahTempatan

PEMPENGARUH MEDIA SOSIAL DIDAKWA ROGOL REMAJA BAWAH UMUR

KANGAR: Seorang pempengaruh media sosial berusia 23 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun 10 bulan.

Kesalahan itu didakwa berlaku di sebuah rumah di Jalan Tiong, Taman Kangar pada 17 Jun lalu. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin. Dia juga perlu melaporkan diri di balai polis setiap bulan dan dilarang mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan. Kes akan disebut semula pada 14 Ogos.