EkonomiGaya HidupTempatan

DASAR BDR BANTU KERAJAAN JIMATKAN RM73 JUTA SUBSIDI PETROL

Shamsul Azri (tengah) bergambar bersama pada Majlis Penyampaian Sijil Unggul Spine dan Apresiasi IIM 2025 di Institut Integriti Malaysia hari ini. – Gambar Bernama

PUTRAJAYA: Pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam kalangan penjawat awam dianggarkan berjaya menjimatkan kira-kira RM73 juta subsidi petrol setakat ini, menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata, inisiatif yang diperkenalkan bagi mengurangkan penggunaan bahan api itu turut membantu kerajaan mengurangkan beban kewangan susulan peningkatan kos subsidi petrol. Pada masa sama, pelaksanaan BDR dipantau melalui sistem digital bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam terus berjalan lancar dan tidak terjejas.

Menurut beliau, BDR bukan bermaksud mengurangkan produktiviti, sebaliknya merupakan langkah strategik untuk menjimatkan penggunaan petrol, di samping memastikan penjawat awam terus melaksanakan tugas secara berkesan.