JenayahPolitikTempatan

SYED SADDIQ KEKAL BEBAS DARIPADA SEMUA PERTUDUHAN

PUTRAJAYA, 13 Julai – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kekal dibebaskan daripada empat pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir pihak pendakwaan.

Keputusan itu sekali gus mengekalkan penghakiman Mahkamah Rayuan yang sebelum ini telah melepas dan membebaskan beliau daripada semua pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Kes tersebut melibatkan dakwaan pecah amanah jenayah membabitkan dana RM1 juta milik ARMADA, salah guna harta berjumlah RM120,000 serta dua pertuduhan pengubahan wang haram masing-masing melibatkan RM50,000.

Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu, prosiding undang-undang yang berlarutan selama beberapa tahun terhadap Syed Saddiq secara rasminya berakhir.