Global

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗣𝗥𝗘𝗦𝗜𝗔𝗦𝗜 𝗥𝗘𝗟𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟯

Putrajaya, 6 Mac 2023 : Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi RELA Tahun 2023 bagi meraikan 88 orang pegawai/kakitangan termasuk pesara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri yang diiringi oleh YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Timb. Menteri Dalam Negeri, YBhg. Dato’ Hj. Abdul Halim bin Hj. Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan YBhg. Datuk Yahya bin Sulaiman, Ketua Pengarah RELA. Pada majlis sama, YB Menteri Dalam Negeri turut menyampaikan pingat Jabatan kepada warga kerja RELA sebagai penghargaan atas sumbangan serta jasa bakti kepada jabatan.

Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah dan pingat!

#KementerianDalamNegeri#KeselamatanTanggungjawabBersama

#kdnmadani