Global

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗬𝗕𝗛𝗚 𝗗𝗔𝗧𝗨𝗞 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗥𝗨𝗝𝗜 𝗕𝗜𝗡 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗨𝗕𝗜, 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘 𝗧𝗔𝗣𝗔𝗞 𝗜𝗖𝗤𝗦 𝗦𝗘𝗥𝗨𝗗𝗢𝗡𝗚, 𝗞𝗔𝗟𝗔𝗕𝗔𝗞𝗔𝗡, 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛

16 Mac 2024, Tawau – YBhg. Datuk Haji Ruji Bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KSU KDN) bersama Tuan Haji Ismail Bin Mokhtar, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan) telah mengadakan lawatan pemantauan status pelaksanaan projek tapak ICQS Serudong, Kalabakan, Tawau.

Lawatan turun padang ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Makhzan Bin Mahyuddin, Setiausaha Persekutuan Sabah, YBhg. Datuk Ag. Shahminan Datuk Haji Ag Sahari,

Setiausaha Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Penyelidikan, Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Apandi, Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Datuk Sh. Sitti Saleha Binti Habib Yussof, Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Puan Aester Arlina Chia, Ketua Bahagian Kewangan dan Pembangunan, Puan L. Surayani Binti Raona, Ketua Imigresen Tawau serta Pegawai Daerah Kalabakan selaku pelaksana bagi projek ini.

Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri keadaan sebenar tapak dan mendapatkan status terkini, input, syor kerja tambahan dan pandangan dari semua pihak yang terlibat dengan projek tersebut.

Sumber: Unit Media, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah