Global

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 (𝗞𝗦𝗨) 𝗞𝗘 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗜𝗠𝗜𝗚𝗥𝗘𝗦𝗘𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗢𝗥𝗡𝗔

16 Mac 2024, Semporna – YBhg Datuk Haji Ruji Bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KSU) dengan diiringi oleh YBrs. Tn Hj Ismail bin Mokhtar, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Pengurusan) telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pejabat Imigresen Semporna.

Ia merupakan lawatan pertama beliau ke Pejabat Imigresen Semporna bersama YBrs. Tuan Haji Ismail Bin Mokhtar, Timbalan Pengarah Imigresen (Pengurusan). Ketibaan YBhg Datuk KSU bersama delegasi telah disambut oleh Puan Mastijah Binti Masduki, selaku Ketua Imigresen Semporna.

YBhg Datuk KSU dan delegasi telah dibawa melawat sekitar Pejabat Imigresen Semporna. Sesi taklimat ringkas turut disampaikan oleh Ketua Imigresen Semporna bagi menerangkan isu-isu berkaitan pengoperasian, pengurusan dan keperluan penambahbaikan fasiliti pejabat.

Lawatan turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Makhzan bin Mahyuddin, Setiausaha Persekutuan Sabah, YBhg. Datuk Ag. Shahminan bin Datuk Ag. Sahari, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri Sabah, YDH Datuk Victor bin Sanjos, Komander ESSCOM Sabah, Turut menghadiri lawatan tersebut adalah pegawai-pegawai kanan agensi dibawah PDRM dan APMM.

Lawatan telah berakhir pada jam lebih kurang 12.30 tengah hari.

Sumber; Facebook Jabatan Imigresen Malaysia